Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, campur tangan asing dalam hal ehwal dalaman negara hanya akan membawa kerugian.
Dalam surat terbuka yang ditujukan kepada semua parti politik hari ini beliau berkata Malaysia tidak harus mengulangi sejarah dengan menjemput pihak asing untuk menyelesaikan masalah dalaman seperti BMF, PERWAJA, Tabung Haji, KWSP, dan terkini isu 1MDB.