Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram memberitahu Mahkamah Persekutuan, bahawa Najib Razak memberi amaran kepada Menteri Kewangan II ketika itu, Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah untuk tidak campur tangan dalam urusan SRC dan 1MDB.
Sithambaram berhujah, bahawa cara bekas perdana menteri itu menguruskan kedua-dua entiti yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) itu adalah bersifat kuku besi.