Najib salahkan bekas 'ketua tukang uji' atas kerugian Proton

KiniTV 2017-06-23

Views 3.8K

Sekian lama negara terpaksa menanggung kerugian Proton hanya kerana melayan mimpi tidak realistik seorang individu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, semua orang sedar yang model perniagaan Proton tidak mapan untuk jangka masa panjang.

“Terlalu lama mimpi tidak realistik dan kurangnya pemahaman komersial bekas ‘ketua tukang ujinya’ dilayan. Beliau lebih suka Proton dimiliki 100% oleh Malaysia dan kerugian ratusan juta setahun,” katanya.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, ia dipercayai merujuk kepada bekas perdana menteri dan pengasas Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad yang lantang mengkritik penjualan Proton kepada gergasi otomobil China itu.

“Tapi itu wang rakyat dan tidak bertanggungjawab untuk kita meneruskan model perniagaan yang jelas tidak akan berjaya,” katanya pada ucaptama majlis menandatangani perjanjian antara DRB-HICOM dan Zhejiang Geely Holding Group (ZGH).

Perjanjian ditandatangani Pengarah Urusan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Pengerusi Geely, Liu Shufu sambil disaksikan Najib, Pengerusi DRB-HICOM, Tan Sri Dr Mohd Khamil Jamil dan Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang.

Share This Video


Download

  
Report form