Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berpandangan tidak perlu bagi menyoal bekas Peguam Negara Tan Sri Gani Patail berhubung apa yang didakwa draf kertas pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Abdul Razak yang disiarkan di laman web Sarawak Report.
Katanya, penafian telah dibuat oleh peguam negara yang baru Tan Sri Mohamed Apandi Ali beliau sependapat tuduhan Sarawak Report adalah tidak benar.