Aksi Lang Merah 'lemaskan' Penyu, mara ke final

KiniTV 2017-05-15

Views 441

Skuad Lang Merah menjadi pasukan pertama yang dijanjikan ganjaran lumayan sekiranya mereka membawa pulang Piala FA untuk kali keempat selepas sembilan tahun gagal me­lakukannya.

Kedah pernah menjuarai Piala FA pada 1996 dan kemudian mengulanginya sebanyak dua kali berturut-turut sejak 2007 dan kejayaan pada 2008 adalah kali ter­akhir mereka melakukannya.

Mereka akan bertemu Pahang di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini selepas menumpaskan Terengganu 3-0 dalam separuh akhir kedua di Kuala Terengganu malam tadi untuk mara ke perlawanan akhir dengan agregat 4-0.

Pemangku jurulatih Kedah, Mohd. Nidzam Adzha Yusoff berkata meskipun Tan Cheng Hoe tidak lagi bersama mereka namun tunjuk ajar bekas jurulatih mereka itu selama ini masih merupakan faktor penting kepada kejayaan Lang Merah.

Share This Video


Download

  
Report form