Umum mengetahui skuad Lang Merah kecundang pada aksi Final Piala Malaysia Sabtu lepas kepada Skuad Merah Kuning.
Namun, apa yang menarik tindakan warga emas ini dari Kuala Kedah mengotakan janjinya untuk 'berlari' pulang dari Stadium Shah Alam ke Stadium Darul Aman mencuri tumpuan.
Nasir Basar, 60 tahun sebelum ini pernah 'berjanji' akan berlari pulang tidak kira skuad Lang Merah menang atau kalah sehari selepas tamat final Piala Malaysia.
Hari ini merupakan hari ke lima beliau berlari dan sebentar tadi dalam lariannya dari Gopeng ke Sungai Siput.