Satu rancangan samtai Singapura, OK Chope yang disiarkan stesen republik itu menjadikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai bahan jenaka itu.
Antara barisan artis jemputan dalam rancangan itu adalah Najip Ali, Sam See, Rishi Budhrani, dan Mike Kassim serta pengacara, Vernetta Lopez.
Rancangan itu meminta pesertanya melengkapkan ayat Najib yang dikurangkan satu perkataan ‘Najib slams …. for threatening Malaysia progress’ dan perkataan yang tertinggal itu adalah `fake news’.
Bagaimanapun, Najip dan beberapa selebriti Singapura meneka pelbagai perkataan yang seolah-olah menghina Najib Razak.