Seorang ahli parlimen pembangkang hari ini mempersoalkan mengapa kerajaan membenarkan Najib Abdul Razak (BN-Pekan) meninggalkan negara selama sebulan bagi ke Singapura untuk melawat anaknya bersalin.
"Dia bukan bidan Tuan Speaker, sampai sebulan nak pergi. Kalau nak pergi Singapura, lima hari cukup," katanya di Dewan Rakyat hari ini dengan mengatakan Najib tidak sepatutnya diberi layanan istimewa kerana terpalit dengan kes salah guna dana 1MDB.