Video: 1.1 juta wang suapan di dalam dinding bilik tidur

KiniTV 2017-01-20

Views 1

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah merampas RM1.1 juta dari kediaman seorang penolong jurutera kanan, di Kampung Sungai Daun Sik semalam.

Wang itu disembunyikan di dalam dinding kayu diubah suai di dalam bilik tidur suspek dan ada juga di dalam bekas coklat.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata berdasarkan siasatan, suspek dipercayai telah menerima suapan lebih RM3 juta.

Baki wang suapan dipercayai disimpan di lokasi lain.
Semalam, suspek ditahan di kediamannya itu setelah dipercayai melakukan kesalahan meminta rasuah membabitkan projek penyelengaraan dan naik taraf jalan di daerah Sik, sejak tahun 2012.

SPRM difahamkan telah merakam percakapan seramai 12 individu termasuk isteri suspek, dua juruteknik, kakitangan jabatan berkenaan dan tujuh orang kontraktor.

Share This Video


Download

  
Report form