Sarawak berkabung 7 hari, jenazah dikebumikan selepas Zuhur

KiniTV 2017-01-11

Views 672

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Abang Openg berkata kerajaan Sarawak mengumumkan tempoh berkabung tujuh hari bermula esok sebagai menghormati kematian Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

Manakala jenazah Tan Sri Adenan akan dibawa dari kediamannya di Damai Jaya, Santubong ke Masjid Jamek Negeri, Petra Jaya untuk majlis penghormatan terakhir oleh rakyat dan kenamaan pada jam 10.30 pagi esok

Tambahnya, jenazah akan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Petra Jaya selepas solat Zuhur.

Abang Johari menyifatkan pemergian Adenan adalah kehilangan besar kepada negeri Sarawak dan negara kerana Allahyarham sarat dengan pengalaman.

Share This Video


Download

  
Report form