Selepas 4 hari tragedi, operasi tren LRT laluan Kelana Jaya pulih

KiniTV 2021-05-28

Views 204

Operasi tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya pulih seperti biasa bermula jam 3.45 petang tadi, kata Menteri Pengangkutan, Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata, kebenaran beroperasi itu selepas pemeriksaan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pagi tadi yang memberi kelulusan untuk semua 58 tren dioptimumkan sepenuhnya.

Dalam kejadian jam 8.30 malam Isnin lalu, tren bersama 213 penumpang dari Gombak dilaporkan bertembung dengan tren dari arah Kelana Jaya, menyebabkan 65 penumpang cedera termasuk 47 parah.

Share This Video


Download

  
Report form