Remaja Britain dituduh cuba bunuh Trump

KiniTV 2016-06-21

Views 1

Seorang remaja Britain dituduh kerana cuba merampas senjata anggota polis dan mahu membunuh calon presiden daripada Republikan, Donald Trump yang berkempen di Las Vegas.

Menurut tuduhan ke atasnya di mahkamah Navada, Michael Sandford cuba merampas pistol anggota polis tetapi dia ditangkap.

Dia dikatakan memandu dari Carlifornia ke Las Vegas "untuk membunuh Trump" dan sehari sebelum hari kejadian, dia ke lapang sasar untuk belajar menembak kerana dia tidak pernah menembak sebelum ini.

Share This Video


Download

  
Report form