Nik Abduh bimbang trend remaja cuba bunuh diri semakin meningkat

KiniTV 2020-07-27

Views 29

Ahli parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyatakan kebimbangan beliau dalam kes cubaan membunuh diri dalam golongan remaja yang kian meningkat saban hari di negara ini.

Katanya semasa berucap di sidang Dewan Rakyat, trend remaja 13 hingga 17 tahun cuba bunuh diri semakin meningkat dari tahun 2012 hingga 2017.

Oleh itu, beliau mengajukan soalan kepada menteri tentang statistik remaja yang cuba membunuh diri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan langkah-langkah kerajaan menangani isu ini.

Share This Video


Download

  
Report form