Masharati Kristian ketuk rebana, kejutkan rakan Islam bersahur

KiniTV 2016-06-21

Views 1.4K

Seawal pukul 2 pagi, Michel Ayoub, "masharati" atau lelaki Kristian sudah memulakan tugasnya dengan menyusur jalan di bandar lama Acre, Israel dan memukul rebana mengejutkan penduduk Islam bersahur pada bulan Ramadan ini.

Katanya, ia melakukannya sebagai satu hobi dan sudah berbuat demikian selama 13 tahun dan penduduk sukakannya serta menghargainya.

"Saya melakukannya kerana ia satu kebaikan serta kehendak Yang Maha Esa. Bulan Ramadan yang mulia memang sentiasa ditunggu-tunggunya," tambahnya.''

Sementara itu, seorang penduduk Muslim. Safia Sawaid yang menetap di Acre, berkata tiada perbezaan antara Kristian, Muslim dan Yahudi. Semuanya adalah kaum Adam dan Hawa

Share This Video


Download

  
Report form