ADUN PAS Hulu Klang Saari Sungib melahirkan kekesalannya kerana hampir setiap hari sejak Muktamar PAS di Batu Pahat bulan lalu, beliau dicerca oleh rakannya dalam parti Islam itu.
Katanya, beliau digelar dengan pelbagai label termasuk 'munafik' sejak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka memanggil beliau dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin sebagai 'broker dan barua' pada persidangan tahunan parti itu.