Beberapa letupan menggoncang lapangan terbang Brussels dan stesen metro membunuh 13 orang. Seramai 35 orang yang lain cedera.
Menurut laporan media, dua letupan disasarkan ke dewan utama lapangan terbang Zaventem kira-kira jam 8 pagi tadi.
Yang ketiga meletup di stesen metro Maalbeek ketika orang ramai berpusu-pusu ke tempat kerja.
Keadaan di tempat kejadian kelam kabut dan berikutan kejadian ini kerajaan meningkatkan ancaman pengganas ke paras maksimum.