Sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh dalam serangan bom nekad di ibu negara Yaman, Sanaa. Ini sekali gus mencetuskan lagi kekacauan di negara yang dibelenggu keganasan itu.
Puluhan lagi orang cedera dalam serangan di Dataran Al-Tahrir itu yang menyasarkan perhimpunan penyokong pemberontak Syiah yang menguasai ibu negara itu bulan lalu.