Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, Syed Amen Jainul Abdin yang merupakan pemilik restoran nasi kandar dan kedai mencuci kenderaan ditemukan berlumuran darah dalam kereta yang dipandunya.
Menurut beliau, penjenayah terbabit melepaskan enam das tembakan dengan lima daripadanya mengenai badan, tangan dan kepala mangsa.
Tambahnya lagi, suspek juga melepaskan sedas tembakan ke arah dua orang anggota RELA yang mengawal premis tersebut, namun tidak mengenai mereka.
Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif pembunuhan juga sedang dikenalpasti.