Seorang pelajar bersenjatakan pisau ditembak polis kampus sebelum sempat menerkam ke arah rakan sekolahnya, semalam.
Dailymail melaporkan pelajar itu ditembak di bahagian bahunya selepas mengeluarkan pisau dalam satu pergaduhan di Procter R. Hug High School, di Nevada, Amerika Syarikat.
Jabatan Keselamatan Awam Nevada mengesahkan seorang pelajar berusia 16 tahun dibawa ke Renown Hospital Medical Center selepas ditembak oleh anggota polis.
Sementara itu, beberapa video yang dirakam oleh pelajar yang menyaksikan kejadian tersebut viral di laman sosial.
Foto pelajar berkenaan terbaring selepas ditembak dan mengerang kesakitan juga dikongsi ke laman Twitter.