Pegawai kanan disiasat kerana bidas Najib

KiniTV 2015-11-23

Views 9.7K

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang menyiasat dakwaan bahawa seorang pegawai kerajaan berpangkat tinggi membidas Perdana MenteriDatuk Seri Najib Razak di hadapan hadirin termasuk duta-duta asing pada sebuah majlis.

Pada mulanya, berdasarkan posting di Facebook oleh Maria Tay berkata pegawai itu menyifatkan Najib sebagai ‘lembu yang tidak berguna dan tiada kemampuan’.

Bagaimanapun, dalam posting berikutnya, Tay mendakwa pegawai itu tidak mengeluarkan kata-kata berkenaan tetapi membidas Najib ibarat beliau ‘lembu yang tidak berguna dan tiada kemampuan’.

Share This Video


Download

  
Report form