Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar meminta Kerajaan memberi kebebasan kepada Jawantankuasa Penasihat Syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) agar operasi agensi berkenaan mematuhi kehendak syariah sepenuhnya.
Bercakap pada perbahasan Rang Undang- Undang KWSP pindaan 2015, Mahfuz berkata jawantankuasa tersebut tidak seharusnya hanya tertumpu pada sesuatu produk sahaja tetapi seharusnya terlibat dengan keseluruhan operasi agensi berkenaan.