Pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis di Selangor nanti akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara BN dan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Mengesahkan perkara itu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam sidang media di Menara Datuk Onn, Kuala Lumpur, hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 Ogos ini sebagai hari pengundian, manakala hari penamaan calon pada 21 Julai ini.
Kerusi DUN Sungai Kandis kosong susulan penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei daripada PKR meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.
Pada pilihan raya umum ke-14, Mat Shuhaimi memperoleh 23,998 undi menewaskan calon BN daripada Umno, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).