Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar yakin tiada pemimpin yang aan dipecat pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu yang dijadualkan esok.
Beliau berkata demikian ketika mengulas spekulasi bahawa Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal serta beberapa anggota MT termasuk Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Ahmad Said akan digugurkan esok.