Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ahli Majlis Tertinggi Datuk Rahman Dahalan mengesahkan tiada ahli parti yang mendesak supaya Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai presiden parti mahupun perdana menteri semasa mesyuarat mereka petang tadi.
Menurut mereka, perkara itu langsung tidak ditimbulkan.