Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Ali sekali lagi tampil ke perhimpunan BERSIH 4 dengan menaiki keretapi komuter dan muncul di Stesen Komuter KL dan kemudiannya menuju ke arah kumpulan ribuan penyokong BERSIH 4 di Jalan Tun Perak.
Beliau yang diiringi bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim, kelihatan disambut beberapa penyokong BERSIH di stesen ini sebelum bercakap kepada wartawan.