Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya mengejutkan banyak pihak apabila beliau hadir pada perhimpunan BERSIH 4 hari ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Beliau meluangkan masa kira-kira 10 minit melawat peserta yang berkampung di sana sebelum beredar walaupun sukar berbuat demikian kerana dikerumuni orang ramai dan media.