Pengerusi Gerakan Harapan Baru Mohamad Sabu pada ucapan ringkas di perkarangan Masjid Negara berkata perhimpunan BERSIH 4 bukan hanya bantahan sesuatu kaum tetapi luahan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau juga mengajak orang ramai supaya berkampung dan tidur sekitar Dataran Merdeka pada malam ini dan menyambut Hari Merdeka pada malam esok.