Impian seorang pelajar bernama Mansoor Ahmad Muhammad Yatim bagi menamatkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis ( IPTIP ) telah musnah apabila Institut berkenaan mengambil tindakan membuang beliau kerana terlibat dengan gerakan Jemaat Ahmadiyah Muslim Malaysia.
Mereka menuduh beliau mengembangkan fahaman dan ajaran Jemaat Ahmadiyah yang telah difatwakan haram oleh kerajaan negeri Perlis kepada para pelajar di institute berkenaan.