Parti Islam baru yang bakal dilancarkan bulan depan akan melantik bekas naib presiden PAS Ahmad Awang sebagai penasihat umum.
Beliau yang juga adalah bekas presiden 17 tahun Persatuan Ulama Malaysia (PUM) berkata walaupun jawatan penasihat umum dilihat menyerupai mursyidul am PAS, namun terdapat perbezaan bagi kedua-dua jawatan berkenaan.