Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor hari ini cuba memberikan takrif baru kepada slogan Asalkan Bukan Umno (ABU) yang popular digunakan untuk menolak parti itu setiap kali musim pilihan raya.
Katanya, ini kerana, selepas pilihan raya umum, Umno masih diterima orang Melayu sehingga dapat meningkatkan jumlah kerusi Parlimen daripada 79 kepada 88.