Pasangan panda yang diberi nama Fu Wang dan Feng Yi yang dipinjamkan oleh China kepada Malaysia menerusi Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Giant Panda akan tiba di ibu negara pada pertengahan April ini.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel berkata ketibaan binatang itu adalah juga sempena sambutan tahun melawat Malaysia 2014.