Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perhimpunan yang dihadiri lebih 50 ribu orang hari ini sebagai amat berjaya.
Katanya, Pakatan Rakyat akan terus membantah ketidak-adilan dan kezaliman kerajaan sehingga keadilan untuk semua ditegakkan.
Kumpulan peserta seterusnya bersurai selepas bacaan doa dan turut mengutip sampah termasuk botol plastik dan beg plastik.