Umno, PAS jangka puluhan ribu hadir Himpunan Penyatuan Ummah 914

KiniTV 2019-09-13

Views 2.3K

Umno dan PAS telah mensasarkan 10,000 ahli serta penyokong akan hadir pada majis menandatangani piagam muafakat nasional sempena Himpunan Penyatuan Ummah membabitkan dua parti teras orang Melayu itu pada Sabtu ini.

Walaubagaimanapun, Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa, berkata jumlah kehadiran yang dijangka telah berlipat kali ganda.

"Kemungkinan jumlahnya kan mencecah puluhan ribu" katanya. Oleh itu, tenaga sukarelawan telah ditambah kepada 1200 orang. Sukarelawan akan bekerjasama dengan pasukan keselamatan dan PDRM bagi melicinkan acara yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Share This Video


Download

  
Report form