Datuk K Ramachandran yang menarik diri dari persaingan timbalan presiden PKR menjelaskan, beliau berbuat demikian kerana kecewa dengan tingkah laku calon lain yang didakwa ghairah berkempen hingga "melupakan penderitaan" Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun beliau mengisytiharkan menyokong calon pencabar Agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang didakwa satu-satunya yang mempertahankan Anwar dalam siri ceramah Reformasi 2.0.