Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Tajuddin Abdul Rahman, hari ini mendakwa memang wujud akuan bersumpah (SD) daripada ahli Parlimen Umno untuk menyokong Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.
Tajuddin berkata dia adalah saksi hidup yang pada awalnya menolak cadangan presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi.