Hujan lebat dan dentuman guruh tidak menghalang kira-kira 700 anggota Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu untuk berhimpun di bangunan Keretapi Tanah Melayu bagi mendesak presiden syarikat itu Datuk Elias Kadir meletakkan jawatan.
Abdul Razak Md Hassan yang mengetuai kumpulan kesatuan itu mendakwa Elias Kadir tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang perkhidmatan selama dua tahunnya itu.