'Pemimpin lama Umno mesti berani berundur'

KiniTV 2015-08-11

Views 0

Bagi merealisasikan agenda tranformasi Umno yang dilaungkan Presiden Datuk Seri Najib Razak, Setiausaha Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Alhabshee menggesa pemimpin parti setiap peringkat berani berubah demi menjaga kepercayaan rakyat kepada parti itu.

Beliau menasihatkan pemimpin "yang selesa duduk dan tidak mahu tinggalkan jawatan parti" di peringkat bahagian supaya berundur, daripada berpeluk tubuh tanpa memikir dan menyuarakan pandangan demi kebaikan parti dan agenda tranformasi itu.

Share This Video


Download

  
Report form