Khalid: Saya lebih takut murka Allah daripada manusia

KiniTV 2015-08-11

Views 26

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengakui beliau lebih takut dengan 'kemurkaan' Allah berbanding kemurkaan manusia.

Kenyataan itu dibuat pemimpin PAS pusat itu lewat tengah malam tadi menerusi akaun Twitter beliau, @KhalidSamad.

Walaupun tidak memperincikan kepada siapa kenyataan itu ditujukan, ia dibuat sehari selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan kesal dan kecewa dengan kenyataan Khalid yang dikatakan menentang Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Share This Video


Download

  
Report form