Menteri Wilayah Khalid Samad berkata setakat ini hanya 35% penduduk Kampung Baru menyatakan maklum balas dan daripada jumlah itu 97% setuju dan 65% belum menyatakan maklum balas.
Kenyataan Khalid itu menimbulkan rasa tidak puas hati wakil rakyat pembangkang yang meminta menteri itu tidak membuat perbandingan dengan pembayaran tanah tahun-tahun sebelum ini kerana berbeza nilai.
“Nilai sekarang dan dulu tidak sama, menteri kena buat perbandingan logik,” kata Awang Hashim (PAS-Pendang).
Khalid kemudian kembali penjelasan, memaklumkan jumlah bayaran diberikan kepada penduduk Kampung Baru berdasarkan penilaian semasa dibuat pihak Jabatan Penilaian Hartanah.