Exco kena pecat tetap mahu ke pejabat esok

KiniTV 2015-08-10

Views 13

Semua exco PKR dan DAP yang dipecat oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini akan tetap datang kerja esok selepas merasakan pemecatan mereka tidak sah.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Khim berkata surat pemecatan itu bukan surat rasmi kerana menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar dan tidak disertakan arahan daripada pihak Istana.

Beliau juga mendakwa Khalid belum menghadap Sultan untuk mendapat perkenan baginda mengenai pemecatan itu.

Share This Video


Download

  
Report form