Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Pontian hari ini mengakui lebih popular meskipun pada mulanya berpendapat selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri, rakyat tidak lagi menyokongnya.
Sebaliknya, katanya, beliau kini mendapat sambutan yang luar biasa daripada rakyat yang berbilang kaum dan agama serta mungkin lebih popular berbanding penyanyi Siti Nurhaliza.