Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS memaklumkan bahawa soal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak lagi timbul selepas dipecat oleh PKR.
Pada sesi soal jawab dengan wartawan, beliau juga berkata tindakan dua ADUN PAS yang menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebelum parti membuat keputusan rasmi akan disiasat.