Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mahu PAS Selangor memberi laporan berhubung tindakan dua ADUN negeri itu yang menyatakan sokongan terbuka kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.
Bercakap di TV Harakah selepas mesyuarat lajnah politik PAS di pejabat agung parti itu di Kuala Lumpur, semalam, katanya, beliau telah menghubungi Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad supaya pihaknya mendapat gambaran sebenar.