Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Ab Samad akan bermesyuarat dengan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali malam ini bagi membincangkan isu nama calon menteri besar Selangor.
Bagaimanapun, katanya, keputusan muktamad tetap di tangan PAS Pusat yang akan bermesyuarat mengenai perkara berkenaan dalam masa terdekat.