Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.
Mereka bertemu perdana menteri baru Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perkara dibincangkan mereka setakat ini belum jelas.
Dalam pertemuan itu dilihat juga penyerahan hadiah berupa seni khat disampaikan.
Gambar pertemuan itu dimuat naik di Facebook Mahathir sebentar tadi.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar pada 4 Julai lalu telah bertemu Mahathir, yang dikatakan bagi membincangkan permohonan negeri mendapatkan semula royalti minyak.