Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memberi jaminan akan mendedahkan dokumen perjanjian penstrukturan semula industri air yang ditandatangani antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan tidak lama lagi.
Katanya lagi, teks perjanjian itu akan diedarkan dalam masa terdekat kerana masih lagi dalam proses penentuan.