ADUN Kuang, Datuk Abdul Shukor Idrus hari ini mendedahkan 15 kawasan di Selangor yang didakwanya sebagai tempat mencuri pasir sehingga menyebabkan kerajaan negeri kerugiaan jutaan ringgit setiap tahun.
Katanya, jika kawasan berkenaan berpotensi mengeluarkan pasir, syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang berikan kelulusan oleh kerajaan negeri bagi melombong pasir tidak mempunyai sebab untuk tidak memberikan lesen kerana ia akan memberi sumbangan.