PAS perlu tajdid dan menjalani reformasi sekiranya mahu ke depan dan menjadi parti yang mesra dengan tuntutan politik, kata Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah Ridzwan Abu Bakar.
Pada ceramahnya, malam semalam bertajuk ‘PAS: Ke mana selepas muktamar?’, katanya pemimpin utama Pas membawa pemikiran era tahun 80an dan gagal menerapkan gerakan pemikiran Islam di pentas arus perdana.