Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini mengingatkan bahawa agihan kekayaan negara yang tidak seimbang dan jurang pendapatan yang melebar boleh menyuburkan amalan rasuah di negara ini.
Berucap pada majlis ulangtahun ke-47 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), titah baginda, mereka yang kesempitan hidup kerana gaji yang tidak mencukupi terdedah dengan rasuah pada skala kecil.