Ketua Pergerakan wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menggesa orang Melayu supaya tidak mempertikaikan kerakyatan dan hak-hak masyarakat Cina dan India yang dilahirkan di negara ini.
Katanya, sekiranya orang Melayu tidak mahu golongan bukan Melayu mempertikaikan hak dan keistimewaan mereka, maka sewajarnya apa yang dipersetujui dan termaktub dalam perlembagaan persekutuan tidak dipersoalkan.